London – Ebay merupakan laman web lelong yang terkenal dengan barang-barang yang boleh dibida. Namun kali ini ia menyenaraikan sesuatu yang unik, iaitu melelong seorang lelaki kulit botak berusia 58 tahun.
Steve Sewell, yang juga seorang penganggur itu bagaimanapun gagal melelong diri sendiri selepas tiada sesiapa pun yang membidanya.
Dia berbuat demikian bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Biarpun harga tawaran bermula dengan $1.50, namun sehingga entrinya ditutup pada Isnin lalu, tiada pihak yang berminat untuk membelinya.
Dalam senarai entri ebay itu, dia menyenaraikan dirinya mempunyai kemahiran yang tinggi, memiliki tahap kesabaran dan kelakar.
Namun malangnya, ia gagal menjual Sewell kepada mana-mana pihak pun.
Sewell mempunyai diploma dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik serta layak menjadi juruteknik .
Selain itu dia pernah bekerja sebagai penguji kertas tandas.
Mungkin harga tawaran yang diletakkannya terlalu rendah sedangkan majikan di luar sana mahu melihat seorang pekerja yang berkeyakinan tinggi dan bernilai.
No comments
Post a Comment