Mula terbabit dalam bidang peragaan pada 1995, buat pertama kali Indra, 32, diberi peranan utama bergandingan dengan pelakon cantik Diana Pungky melalui drama bersiri pertamanya berjudul Jinny Oh Jinny.
Selepas itu, satu demi satu tawaran berlakon diterimanya sehinggalah kini dia sudah berlakon lebih daripada 50 drama dan mula menjadi antara pelakon lelaki rebutan di Indonesia.
Antara drama yang menyerlahkan bakat anak muda kelahiran Tasik Malaya, Jawa Barat ini ialah Siapa Takut Jatuh Cinta, Romantika, Taqwa, Kejar Daku Kau Ku Tangkap, Romantika, Bunga Malam, Kau Dan Aku, Hidayah dan Impian Cinderella.

Bertemu dengannya pada sesi fotografi bersama RAP di ibu kota baru-baru ini, anak muda berdarah Sunda dan Belanda ini mengakui jadual hariannya sentiasa sibuk dengan penggambaran meskipun semakin ramai artis baru yang muncul. Hmetro
No comments
Post a Comment