Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Jemputan Artis Popular Dalam Ketuk-Ketuk Ramadan~
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KETUK
Ketuk-ketuk Ramadan yang menampilkan artis kesayangan ramai berkongsi resipi kini kembali untuk musim ke-6.

Bersiaran setiap hari mulai jam 12.30 tengah hari di TV1, program kegemaran ramai ini masih mengekalkan Sheila Rusly sebagai hos.
Menariknya, kali ini penonton berpeluang menyaksikan artis kesayangan mereka memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa sajian berbuka puasa. Artis undangan yang dijemput memasak dengan resipi pilihan mereka sendiri, turut berkongsi kisah perkembangan terbaru mereka di samping persiapan sambutan menjelangnya Aidilfitri tahun ini.
Artis terlibat termasuklah Hafiz AF, Jihan Raja Lawak, Adira AF, Farah Fauzana, Wilma, Hazama, Memey Suhaiza, Roy Azman, Puteri Mardiana, Nor Albaniah, Ilya Senario, Ropie Cecupak, Najwa Latiff, Siti Saleha, Fizz Fairuz, Zila Bakarin, Yus Waisar, Eira Syazira, Ahmad Idham, Sherry Ibrahim, Nadia Nissa, Ajak Shiro, Mahmood Ali Bashah, Bob Yusof, Acong Sweet Child, Rem, Aidil Aziz, Nealofa, Zalif Sidek, Heliza Helmi, Emma Maembong dan Syamsul Ghau Ghau.
Mengekalkan konsep santai, beberapa lokasi menarik di Sarawak, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Terengganu menjadi pilihan “Ketuk-Ketuk Ramadan” kali ini.
Program terbitan JS Pictures ini turut mendapat tajaan Delima Oil, anak syarikat Felda Holdings Sdn Bhd dan pihak Fama sepanjang sesi penggambaran di jalankan. – Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments