Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Alat Muzik Paling Tua Di Dunia berusia 35,000 tahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seruling dari tulang burung yang ditemui di gua di Jerman berusia 35,000 tahun merupakan alat muzik tertua di dunia. Penemuan itu menunjukkan nenek moyang bangsa Eropah mempunyai budaya kreatif dan kompleks.

Sebuah pasukan yang dipimpin oleh ahli arkeologi di University of Tuebingen Nicholas Conard mengumpulkan seruling itu dari 12 bahagian sisa tulang yang dijumpai di Selatan Jerman.

Instrumen muzik sepanjang 22 sentimeter itu mempunyai lima lubang. Conard mengatakan seruling itu berumur 35,000 tahun.

"Itu jelas instrument muzik paling tua di dunia," kata Conard. Penemuan itu diterbitkan di journal Nature.

Trumpet Hohle Fels lebih komplit dan lebih tua dari tujuh sangkakala dari gading yang ditemui di gua selatan Jerman yang didokumentasi oleh Conard dan rakan-rakannya beberapa tahun terakhir.

Seruling lain dijumpai di Austria berumur 19.000 tahun. Sebanyak 22 seruling juga ditemui di Perancis berumur 30,000 tahun.



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments