Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pakai kostum kuda belang kawal lalu lintas!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


LA PAZ - Kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama di kota-kota besar dunia termasuk ibu kota Bolivia, di sini.Senario itu mendorong sekumpulan sukarelawan muda melaksanakan idea baharu bagi melancarkan trafik di bandar raya ini.

Mereka berbuat demikian dengan memakai seragam kostum kuda belang untuk membantu orang ramai di lintasan pejalan kaki di sekitar ibu kota ini.


Selain membantu melancarkan trafik, Program The Mama Zebra itu turut memberi gaji bulanan kepada golongan belia. Program tersebut mengupah sukarelawan berusia di antara 16 sehingga 23 tahun.

Seorang sukarelawan, Rebecca berkata, kehidupannya menjadi tidak menentu sebelum menyertai program tersebut.

"Namun, kini saya mengetahui banyak perkara mengenai bandar ini dan berharap kita semua dapat membantu menjadikannya lebih baik," kata Rebecca. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments