Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Orkid Unik Mempunyai Wajah Monyet! ( 3 gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Orkid Monyet bentuknya tidak jauh berbeza dengan tanaman sejenisnya. Tapi jika diperhatikan, dibahagian tengah orkid ini mirip seperti wajah monyet, kerana itulah ia dipanggilMonkey Orchid
"Orkid Monyet".

Orkid monyet adalah salah satu jenis tumbuhan yang jarang ditemui.Tanaman ini hanya boleh tumbuh di persekitaran tertentu.

Ia boleh tumbuh dengan subur dan sihat jika berada di pergunungan. Ketinggian daratan yang boleh ditumbuhinya juga tertentu, yakni antara 1,000 dan 2,000 mdpl.

Kalau berminat, ia hanya boleh menemuinya ketika melancong ke pergunungan di Ecuador, Colombia atau Peru. Tapi, jika berkesempatan lebih besar untuk bertemu, anda boleh datang ke Ecuador.

Perhatikan langkah anda ketika mendaki. Jangan melangkah terlalu cepat dan perhatikan pandangan ke sekitar, siapa tahu ada tanaman orkid liar tumbuh.

Jika ada, amati bahagian tengahnya. Bunga orkid yang mempunyai bahagian tengah mirip seperti monyet adalah orkid monyet.Wajah seperti monyet ini berasal dari organ pembiakan tanaman.

Lebih unik lagi, tanaman ini diberi nama latin Dracula Simia. Diberi nama Dracula kerana tumbuhan ini mempunyai kelopak bunga yang panjang, mirip seperti taring drakula.

Sedangkan Simia mempunyai erti monyet. Ini tentu diambil dari mahkota bunga yang mirip seperti wajah monyet. Jika dicium, tanaman ini mempunyai aroma seperti oren.Orkid monyet tumbuh setiap ketika, jadi bila-bila saja anda datang boleh melihatnya secara langsung.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments