Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Perfume pertama Berbau Busuk Di Cipta!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jika anda selalu bermimpi untuk mempunyai bau badan seperti mayat hidup atau zombie, maka anda sungguh beruntung, kerana Demeter, pembuat perfume aneh baru saja melancarkan perfume Zombie yang terdiri dari dua varian iaitu Zombie for Him dan Zombie for Her, iaitu produk perfume terbaru dengan wangian busuk untuk lelaki dan wanita.Bayangkan ketika kiamat zombie terjadi besok, dan anda terbangun mendapati diri anda sendiri di dunia dimana zombie telah berleluasa dan memakan manusia yang masih hidup. Apakah pekara terbaik yang boleh anda lakukan untuk terus hidup dimana semua orang adalah musuh anda?
Pejabat pertahanan kecemasan zombie mungkin dapat melindungi anda untuk sementara waktu, namun anda tidak mungkin selamanya hidup dalam ketakutan dan menunggu saat-saat yang tidak diingini ketika anda berlari dalam keadaan kehabisan peluru dan kelengkapan.
Bagaimana anda boleh bercampur dengan para zombie tanpa mereka melihat kehadiran tubuh hangat anda? Disaat itulah parfum zombie dapat membantu, untuk menyamar bau tubuh manusia anda diantara lautan para zombie.
Begitulah ilustrasi penuh fantasi yang digunakan untuk memasarkan minyak wangi zombie tersebut.
Wewangian lelaki ini diformularkan dengan aroma daun kering, cendawan, cendawan lumut dan lumut akan membuat tubuh anda berbau busuk segera setelah anda menyemburkannya pada tubuh anda.
Parfum zombie wanita adalah versi lebih ringan dari perfume zombie lelaki "dengan sentuhan Ampas dari bawah botol anggur untuk sentuhan feminin." perfume zombie ini dilancarkan pada 30 April 2013 .
Walau pun berbau seperti zombie tidak semurah seperti yang anda sangkakan. Satu botol minyak wangi 1 oz berharga $ 20 sedangkan parfum dengan ukuran 4 oz dibandrol dengan harga $ 39,50. Tentu harga tersebut tidak murah, namun ingat bahawa perfume tersebut dapat menyelamatkan hidup anda.
Dan jika bau busuk bukan aroma pilihan anda, anda mungkin dapat mencari sesuatu yang anda sukai dari perpustakaan Demeter yang menyimpan berbagai aroma perfume. Disana anda dapat mencari perfume dengan bau detergent, bau kotoran dan bahkan perfume Hello Kitty.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments