APABILA tiba soal duit, Kim Kardashian dan Kanye West tidak akan berasa bimbang untuk membelanjakannya, biarpun ia melibatkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak masuk akal.
Baru-baru ini, pasangan tersebut dilaporkan membelanjakan kira-kira $750,000 untuk membina tandas emas.
Akhbar The Sun mendakwa, Kardashian dan West membelanjakan wang tersebut untuk tandas emas di rumah agam mereka di Bel Air, Califfornia.
Mereka juga dilaporkan menghabiskan sebanyak $444,000 untuk menghias enam katil khas manakala $325,000 pula dibelanjakan untuk peralatan di bahagian dapur.
Ini bukan kali pertama bintang realiti itu dan kekasihnya membelanjakan wang begitu sahaja, malah tahun lepas, Kardashian membelanjakan sebanyak $100,000 untuk membeli tandas pam sendiri.
Dia dilaporkan berbuat demikian kerana bimbang tetamu di rumahnya terlupa untuk mengepam tandas.
Nilai harta pasangan itu jika digabungkan berjumlah $140 juta.
Ternyata Kardashian memang seorang yang cerewet apabila ia melibatkan tandas, dan dia pernah mengkritik ibunya, Kris Jenner kerana mempunyai tandas dan bilik mandi berwarna hitam.
Ketika berkahwin dengan Kris Humphries pula, dia dilaporkan tidak senang duduk dengan tabiat Humphries kerana sering memercikkan air ketika menggosok gigi ke cermin.
No comments
Post a Comment