MEMETIK laporan Time Magazine, penjenayah paling berbahaya di dunia kini adalah Ibrahim al Asiri.
Dia adalah pakar pembuat bom untuk pergerakan al-Qaeda di Semenanjung Arab.
“Dia adalah orang utama,” jelas salah seorang pegawai anti-pengganas US kepada Time.
Al-Asiri dikatakan ‘mastermind’ disebalik cubaan pembunuhan pegawai tertinggi anti-pengganas Arab Saudi pada 2009, kegagalan serangan pesawat pada Krismas 2009 dan cubaan meletupkan dua pesawat kargo pada Oktober 2010.
Pada penghujung Julai, Ketua Pentadbiran Logistik US telah mendedahkan informasi terbaru berkenaan Asiri yang mahir menggunakan alatan peledak baharu yang sukar untuk dikesan.
Al-Asiri dikatakan mencipta peledak tersebut bagi tujuan serangan pada Mei 2012 sewaktu ulangtahun peringatan kematian Osama Bin Laden.
Namun, cubaan tersebut gagal apabila bom itu berjaya dirampas oleh agen dan diserahkan kepada FBI.
Malah, pihak pentadbiran Obama turut mengakui turut terbunuh tiga warga US serta beberapa warga Yaman sewaktu misi memburu Al-Asiri.
Kini, sama ada ‘orang-orang kuat’ al-Qaeda telah mati, ditangkap atau bersembunyi masih menjadi persoalan.
No comments
Post a Comment