Kelimutu adalah gunung berapi, berhampiran bandar kecil Moni di pusat Pulau Flores di Indonesia. Gunung berapi ini mempunyai tiga buah tasik dalam kawah puncak yang menarik dengan pelbagai warna. Tiwu Ata Mbupu (Danau Orang Tua) biasanya biru dan merupakan paling barat dari tiga tasik.
Dua tasik lain, Tiwu Nuwa Muri Koo Fai dan Tiwu Ata Polo dipisahkan oleh dinding kawah bersama dan biasanya masing-maing berwarna hijau atau merah. Warna tasik berbeza-beza secara berkala. Fumarol yang berhubung dgn dasar laut adalah kemungkinan penyebab dari upwelling aktif yang terjadi di dua tasik Timur.
Pengunjung tidak pernah yakin tasik akan berwarna apa ketika mereka mendaki ke puncak kerana tasik ini akan berubah berbeza-beza warna. Tidak seperti tasik kawah lain di mana variasi warna boleh diramal, hal ini tidak terjadi dengan ketiga tasik. Warna yang anda lihat di sini adalah biru, hijau dan hitam (dan mereka mendominasi) namun tasik juga berubah menjadi putih, merah dan biru juga.
Add caption |
No comments
Post a Comment