Anda tentu telah biasa mendengar berbagai jenis jus, sebut saja seperti jus buah, jus sayur-sayuran atau campuran keduanya untuk menjaga kesihatan dan mengibati berbagai penyakit. Namun, bagaimana jika anda mendengar @ minum jus katak?
Jus katak yang mungkin begitu sangat menjijikan bagi anda ini memang benar-benar ada dan dikatakan memiliki khasiat untuk mengubati berbangai penyakit, namun bagi sebahagian orang jus ini lebih popular kerana dapat mengubati penyakit (mati pucuk) para lelaki.
Jus katak yang mungkin begitu sangat menjijikan bagi anda ini memang benar-benar ada dan dikatakan memiliki khasiat untuk mengubati berbangai penyakit, namun bagi sebahagian orang jus ini lebih popular kerana dapat mengubati penyakit (mati pucuk) para lelaki.
Di Peru, jus ini kerap disebut "viagra" kerana sangat sesuai bagi para pengidap lemah syahwat. Masyarakat Peru percaya jus katak memiliki khasiat sebagai penambah stamina. Jus katak atau extracto de rana ini sangatlah laris di pasar awam Kota Lima. Kerana, selain untuk pengubatan (mati pucuk), jus ini juga dapat mengubati penyakit lain seperti, asma, bronkitis, dan tubuh lesu.
Efek afrodisiak utama jus ini mungkin berasal dari salah satu bahan yang disebut maca yakni tanaman asal Amerika Selatan yang terkenal kerana kekuatan eroticnya.
Bila anda berjalan-jalan di pasar Kota Lima, beberapa penjual jus katak akan siap melayani anda. Salah satunya adalah Carmen Gonzalez.
resepi jus katak:
campurkan tiga sudu panas kaldu kacang putih, dua sudu penuh madu, dan daun lidah buaya serta tak ketinggalan beberapa sudu maca ke dalam blender. Setelah dicampur, kemudian masukkan katak ke dalam adunan tersebut. Hasilnya, minuman seperti milk shake yang menyengat tekak.
dalam sehari ada 50 pelanggan yang menghampiri gerai Carmen untuk meminum jus katak. Mereka menikmati jus itu seperti orang bersantai minum kopi di pagi atau tengah hari .
No comments
Post a Comment