Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Terlalu gemuk, lelaki ini tak boleh masuk ke kamarnya sendiri!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto: Daily Mail
Ireland - Ritchie Doyle, lelaki 44 tahun dari County Cork berharap kerajaan tempatan mencarikannya rumah yang sesuai untuk dirinya saat ini. Pemilik badan seberat 266,7 kg tersebut kini tidak boleh lagi naik tangga menuju kamarnya kerana tubuhnya sudah tidak muat.
Lebih parah lagi, Ritchie juga mengalami beberapa masalah kesihatan lain. Kakinya mengalami ulser atau luka dan paru-parunya terganggu sehingga perlu menggunakan alat bantu berupa ventilator oksigen untuk boleh bernafas dengan normal.

Berada di tingkat bawah kerana tidak boleh naik tangga membuat keadaan Ricthie semakin memburuk. Tingginya pencemaran dan tempat di tingkat bawah yang tidak menyokong untuk berehat membuat Ritchie semakin perlu ditempatkan ke rumah lain yang lebih sesuai.

"Banyaknya lori dan kereta melintas setiap hari membuat saya harus masuk hospital, dan saya didiagnosis keracunan karbon monoksida. Saya makin sukar bernafas," kata Ritchie kepada akhbar Ireland, Southern Star seperti dikutip dari Daily Mail, Rabu (24/7/2013) .

Seorang kaunselor yang mendampingi Ritchie dalam kes ini, Kathleen Tassyman membenarkan keadaan yang dialami pelanggannya. Menurutnya, Ritchie masih boleh mengakses bilik mandi tetapi tidak demikian untuk pergi berehat di bilik tidurnya sendiri.

"Dengan lalu lintas begitu padat, dia terdedah kepada asap dari lori dan kereta. Dia telah menunggu 1 tahun. Semua orang berhak dapat rumah dan Ritchie bahkan tidak punya tempat tidur," kata Tassyman.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments