Seorang lelaki berasal dari Jepun membuktikan dirinya berkemampuan seperti monyet. Kenichi Ito diberi gelaran sebagai "monkey man" kerana dirinya boleh berlari dengan menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya.Kenichi digelar sebagai manusia terpantas di dunia yang mampu berlari dengan menngunakan 2 kaki dan 2 tangan. Ia berjaya memecahkan rekod berlari sejauh 100 meter hanya dalam 18:58 saat dan direkodkan oleh Guinness World Records.
Pada awalnya, Kenichi tertarik apabila melihat monyet boleh berlari cepat dengan keempat kakinya. Ia kemudian mengembangkan kemampuannya itu selama 8 tahun dengan meniru monyet Patas Afrika. Pemuda berusia 29 tahun ini melakukan kegiatan sehari-hari dan berbual dengan jiran dalam posisi bongkok.
"Kamu tahu, wajahku dan jenis tubuhku kelihatan seperti monyet sehingga semua orang memanggilku dengan mengatakan 'monyet, monyet,'" ungkap Kenichi. "Tapi itu tak mengangguku kerana aku sangat suka monyet dan aku punya cita-cita untuk meniru salah satu sifat mereka."katanya
Pemuda yang tinggal di Tokyo ini juga mengaku pernah mendapat pengalaman mendebarkan gara-gara aksinya itu. Ia nyaris ditembak pemburu yang menyangkanya babi hutan ketika berlatih di gunung.
No comments
Post a Comment