SEORANG lelaki tidak menyangka migrain teruk yang dialaminya selama enam bulan adalah disebabkan oleh cacing.
Lelaki berkenaan, Wang Ming, 60, dari Chengdu hanya menyedari perkara itu selepas dia mendapatkan rawatan daripada doktor .
Selepas xray dijalankan, pakar perubatan menemui parasit tersebut berada di bawah tengkoraknya.
Bagi mengeluarkan parasit itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan selama tiga jam di hospital di Shuangliu, awal bulan ini.
Selepas cacing itu dikeluarkan dan diletakkan di dalam air, doktor terkejut kerana parasit itu masih berenang-renang di dalam air tersebut.
Pakar percaya, Ming dijangkiti parasit itu kerana dia makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Doktor kini bercadang menjalankan kajian ke atas cacing terbabit.
No comments
Post a Comment