Cleveland - Seorang lelaki Cleveland yang dituduh menculik dan mengurung tiga wanita di rumahnya selama 10 tahun bersetuju untuk mengaku bersalah dalam satu perjanjian untuk mengelakkan hukuman mati. Ariel Castro, nama lelaki itu, memasukkan permohonannya Jumaat ini.Sebagai gantinya, pendakwa berkata lelaki 53 tahun ini akan dijatuhi hukuman seumur hidup tanpa parol ditambah 1,000 tahun penjara.
Castro muncul di mahkamah bersama peguamnya. Dia kelihatan jauh lebih interaktif daripada penampilan sebelumnya, yang terus menunduk dan mata tertutup.
Castro berkata ketagihan pornografi dan "masalah seksual" telah merosakkan fikirannya. Dia juga mengatakan dirinya mengalami gangguan seksual ketika masih kanak-kanak.
Amanda Berry, Gina DeJesus dan Michelle Knight diculik antara tahun 2002 dan 2004 ketika mereka berusia belasan tahun atau berusia awal 20 tahunan. Selama dalam kurungan, Berry melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia enam tahun.
Para wanita ini melarikan diri dari rumah Castro pada 6 Mei 2013. DeJesus dan Knight ikut melarikan diri ketika jeritan Berry didengari seorang jiran mereka yang kemudian datang dan membantu membuka pintu depan rumah Castro. Amanda dalam keadaan panik menelefon polis.

No comments
Post a Comment