Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 8 Ikan Pemangsa Paling Rakus dan Ganas di Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ikan Piranha.

 

Walaupun ikan ini seringkali dimunculkan di filem-filem seram, namun di dunia nyata memang ikan ini memang ganas dan sangat menakutkan. 


 Mempunyai gigi-gigi tajam yang tersusun rapat dan bersambung satu sama lain yang direka khusus untuk menusuk serta mencabik-cabik daging dengan cepat.

 Ikan piranha adalah ikan yang rakus. Jika sedang lapar dan tidak ada makanan, ikan ini akan memakan spesisnya sendiri (kanibalisme). Walaupun piranha memburu bangsa dengan kejam, pada saat tertentu ikan ini juga memakan tumbuhan seperti misalnya rumpai.



Anglerfish.


 

Ikan ini berkeliaran di kedalaman laut dan bersembunyi jauh. Ikan ini dinamakan anglerfish (ikan pemancing) kerana caranya untuk menangkap mangsanya dengan unik iaitu menggunakan bahagian tubuh yang menonjol keluar dari kepalanya yang menyerupai kail pancing dan mampu mengeluarkan cahaya bioluminescent yang berasal dari jutaan bakteria bercahaya yang melekat. Hal ini akan menarik mangsa untuk datang mendekat dan di saat itulah anglerfish akan memakan mangsanya.

Moray Eel (Belut Moray).


 

Sejenis belut ini boleh didapati di seluruh dunia dan menyelinap di celah-celah atau retakan karang untuk tempat menunggu mangsanya yang akan lewat. Karnivor ini adalah pemakan ikan-ikan di laut, walaupun tidak menggangu manusia belut ini juga akan menyerang pada manusia yang terlalu dekat dengannya. Saat merasa diganggu, ikan ini akan menjadi sangat ganas. Bakteria yang ada pada gigi-giginya boleh menyebabkan luka yang serius. Lendir di kulitnya juga mengandungi racun.




Tigerfish (Ikan Macan).




Sesuai dengan namanya, ikan ini mempunyai gigi-gigi yang sempurna di mulutnya. Ikan ini dikenali sebagai ikan yang ganas dan rakus. Jenis dewasanya boleh mencapai panjang hingga 6 kaki. Ikan ini sendiri seringkali dijadikan permainan mencari ikan dengan hadiah yang besar. Ikan ini boleh ditemui di perairan air tawar Afrika. Ia akan memakan ikan apa saja yangmelintas di depannya. Ikan ini juga boleh memakan ikan yang lebih besar darinya.


Snakehead Fish.


 


 Ikan ini mempunyai panjang 3 kaki dan boleh ditemui di rantau Asia Tenggara, sebahagian Afrika dan India. Ikan ini mempunyai mulut besar serta gigi-gigi yang tajam. Ikan ini konon katanya sudah ada sejak 50 juta tahun lalu. Ikan ini dapat bertahan hidup di tanah basah selama musim yang panjang. Ikan ini akan merangkak ke kolam atau tasik selanjutnya untuk mencari mangsa menggunakan tubuh serta siripnya.

Viperfish.


 

Ikan ini hidup di  laut dalamDi malam hari, ikan ini akan berenang menuju laut yang lebih cetek, iaitu kurang dari 700 ft kerana banyaknya makanan. Ikan ini mempunyai panjang hingga 6 ft dan mempunyai gigi-gigi besar.



Fangtooth Fish.


 


 Ikan ini hidup di  laut yang terdalam hingga di kedalaman 5km di bawah permukaan laut, ikan ini mempunyai gigi mirip taring yang oversized dan rahang yang kukuh. Ikan ini masih terlalu kecil untuk dapat mencederakan manusia.


Dragonfish


 


 
Ikan dragonfish ini dikenali kerana mulutnya yang oversized serta gigi taring yang menakutkan. Ikan ini mampu mengeluarkan cahaya yang akan menarik perhatian si mangsa.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments