Penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia, Mila Jirin memuat naik foto rumah keduanya di Instagram.
Wah, cantik sungguh kediaman mewah itu yang dijangka siap sepenuhnya pada 2016. Melalui gambar rumah contoh, siap ada kolam peribadi lagi.
Kediaman itu bukan saja nampak eksklusif, rekaannya juga moden. Pendek kata, memang kena dengan selera kebanyakan orang muda, termasuk Sha.
Lebih menarik, di bawah foto itu Mila menulis, itu perancangan masa depan rumah kedua dan untuk bertemu jodoh.
Katanya lagi, insya-Allah rumah dibelinya siap pada 2016 dan berharap sudah bertemu jodoh ketika itu.
Bertuah sungguh siapa yang dapat beristerikan Mila. Sudahlah cantik, pandai kumpul duit dan harta pula.
Bukan itu saja, khabarnya pemilik restoran Embun Urai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong itu akan buka satu lagi cawangan restoran tidak lama lagi.
Sha tumpang gembira melihat kejayaan Mila dan berdoa dia terus murah rezeki serta cepat bertemu jodoh. Kalau dah buka cawangan kedua nanti, jangan lupa undang Sha ya.
Teringin juga nak merasa aneka juadah Embun Urai yang khabarnya sedap sehingga menjilat jari. – Harian Metro
No comments
Post a Comment