Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Syarif Sleeq akui Lebih Suka Berpuasa Di Malaysia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Syarif Sleeq
Salah seorang ahli kumpulan Sleeq, Syarif, 24, menyatakan keterujaannya menyambut bulan Ramadhan di Malaysia jika hendak dibandingkan di negara kelahirannya, Singapura.

Ini disebabkan populasi penduduk yang beragama Islam hanya sedikit di sana, secara tidak langsung sambutan bulan puasa dan hari raya di sana dirasakan agak kurang meriah berbanding di Malaysia.
“Dulu saya pernah tinggal di Johor, jadi saya pernah rasa kemeriahan berpuasa dan beraya di Malaysia,” katanya yang dipetik melalui portal Gua.
Menurutnya lagi, faktor yang membuatkannya lebih suka berpuasa di sini kerana kebanjiran bazaar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah yang sinonim dengan bulan puasa seperti tepung pelita, ayam percik, murtabak dan roti john.
Manakala di Singapura hanya terdapat satu sahaja bazaar di mana kebanyakan penduduk Islam di negara itu akan membeli juadah berbuka mereka di sana.
“Di sini saya ada pelbagai pilihan juadah berbuka kerana ada banyak bazaar Ramadhan. Jika saya bosan dengan makanan yang dijual di bazaar ini, saya boleh pergi ke bazaar yang lain,” ujarnya yang bakal meraikan sambutan lebaran di Kuala Lumpur kerana terikat dengan urusan kerja.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments