Penyanyi remaja ini seakan tidak serik dengan pelbagai kontroversi yang sengaja diciptanya sejak beberapa bulan yang lalu.
Terbaru, nama Justin Bieber, 19, kembali menghangatkan persada seni antarabangsa apabila dia dilaporkan kencing dalam sebuah baldi di sebuah restoran.
Selain daripada itu, dia juga sempat memicit gel pembersih meja ke arah poster bekas presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton sambil menghamburkan kata-kata kesat terhadap Clinton.
Mungkin Bieber berasakan tindakannya itu sebagai sesuatu yang normal dilakukan oleh remaja seusianya namun sebagai seorang ‘public figure’, ramai berasakan tindakan Bieber sejak kebelakangan ini sedikit menjengkelkan dan memualkan.
Malah tidak kurang juga mengatakan dia berkelakuan sedemikian selepas kecewa putus cinta dengan Selena Gomez.
No comments
Post a Comment