Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Elton John Batal Konsert Akibat Apendiks!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Elton John Batal Konsert Akibat Apendiks
SIR Elton John terpaksa membatalkan  siri jelajah ke Eropah selepas mengalami sakit di bahagian perut, dengan imbasan yang dijalankan oleh doktor mendapati terdapat tanda-tanda apendiksnya telah pecah.

Pada mulanya Elton menyangka kesakitan berkenaan akibat keracunan makanan.
“Saya bernasib baik kerana masih hidup. Saya umpama bom jangka dan boleh meninggal dunia pada bila-bila masa,’’ katanya.
Menurut Elton, dia mengalami kesakitan yang amat sangat pada Jumaat lalu menyebabkan dia terpaksa menamatkan konsertnya di Halle, Jerman, separuh jalan.
Ujian perubatan mendedahkan punca kesakitan berkenaan dan penyanyi berkenaan telah diberikan ubat untuk mengurangkan bahaya apendiks pecah, termasuk ubat antibiotik, bagi menghalang risiko keracunan darah.
Elton akan menjalani pembedahan sebaik sahaja bengkak tersebut berkurangan.
Susulan kesakitan berkenaan, Elton telah membatalkan baki konsert jelajah Eropah.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments