Wow.. siapa kata kerjaya pelawak tidak mampu memberikan kemewahan?
Contoh paling ketara adalah kemampuan Mamat yang dahulunya pernah bergabung dengan Jef dan Shuib dalam kumpulan Sepah namun kini bergerak secara solo, untuk memiliki sebuah kereta Mini John Cooper edisi terhad. Kereta itu pula bukan kereta second tapi baru tau!
Kereta yang pertama kali keluar pasaran pada 1999 dan berharga kira-kira RM300,000 itu berpenampilan sporty, sesuai dengan usia Mamat yang masih muda dan single selepas putus cinta dengan penyanyi, Fida dahulu.
Sebelum ini, Mamat sering ke mana-mana menggunakan motosikal berkuasa tinggi, Ducati.
Nampaknya kalau mempunyai kenderaan mewah pun mampu, tentulah Mamat tiada masalah untuk mendirikan rumah tangga bila-bila masa pun. Cuma calonnya, masih belum dapat dipastikan sama ada sudah ditemui Mamat atau belum.
No comments
Post a Comment