Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bayi Ketumbuhan Dileher Selamat Dilahirkan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bayi Lahir Dengan Ketumbuhan Sebesar Kepala
SEORANG bayi lahir dalam keadaan selamat di Hospital Kanak-kanak Akron, biarpun dia mempunyai ketumbuhan di bahagian leher dengan saiz sebesar kepalanya.

Proses kelahiran Ashton Daniell yang dijalankan menerusi pembedahan itu dipantau oleh 30 pasukan perubatan.
Bayi tersebut lahir tanpa sebarang komplikasi.
Dia kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital tersebut selama lapan hari.
Ashton dibenarkan  pulang ke rumahnya, namun bayi itu akan  menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut, minggu ini.
Ketika berada dalam kandungan ibunya, Angie, doktor berjaya mengesan ketumbuhan bukan kanser dengan ukuran lilit lapan sentimeter melalui imbasan.
Melihat keadaan itu, doktor mahu melakukan pembedahan segera bagi mengelakkan kematiannya, namun selepas melihat bayi dalam kandungan itu dapat bernafas secara normal tanpa bantuan, barulah mereka membiarkannya.
Angie menjalani pembedahan itu pada 10 Mei lalu , iaitu beberapa minggu sebelum tarikh dia dijangka bersalin.
Dalam pada itu, suaminya, Andrew berkata, proses kelahiran berkenaan amat menakutkan.
“Ia bagaimanapun merupakan satu kelegaan kepada kami dan kami bersyukur kepada Tuhan,’’katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments