Wooowww!!seorang pencuri berjaya menipu staf sebuah hotel terkemuka di Hong Kong untuk membuka peti simpanan di dalam sebuah bilik sekaligus mencuri barangan berharga dan wang tunai.
Kakitangan di Hotel Harbourside Peninsula pada mulanya diperdaya untuk memberikan kunci pendua kepada seorang lelaki awal pagi Ahad ketika itu tetamu di bilik hotel itu iaitu satu pasangan Perancis sedang tidur.
Menurut laporan South China Morning Post, apabila pasangan Perancis itu meninggalkan bilik tengahari itu, lelaki itu masuk ke dalam bilik dan memperdaya kakitangan membantunya membuka peti besi berkenaan dan mencuri HK$50,000 kira-kira RM20,508 nilai wang tunai dan barangan.
“Bercakap dalam bahasa Inggeris, lelaki itu memberitahu kakitangan hotel yang dia sudah kehilangan kunci biliknya dan meminta pendua,” menurut seorang pegawai polis Hong Kong.
Sebaik masuk ke dalam bilik itu, lelaki menelefon pula lobi dan berkata dia telah terlupa kata laluan untuk membuta peti besi dan meminta kakitangan hotel membukakannya.
Sebaik kakitangan hotel tiba di bilik itu, lelaki itu yang digambarkan sebagai warga asing, menunggu di bilik itu hanya dengan memakai sepasang selipar, t-shirt biru dan seluar jeans.
Menurut polis lagi, sehingga setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat. Menurut mereka lagi kerugian berupa wang tunai, sebuah laptop, dompet dan beg pakaian telah dicuri.
Pihak hotel bagaimanapun enggan mendedahkan butiran kes ini tetapi mengesahkan kejadian curi itu sudah pun berlaku.
“Kejadian itu betul berlaku dan ia sudah pun dilaporkan bagaimanapun kami tidak dapat mendedahkan butiran kejadian untuk tidak mengganggu siastaan,” kata Pengarah Perhubungan Awam Hotel Peninsula Olivia Toth.
No comments
Post a Comment