Bayangkan jika anda membeli sebuah peti kayu dengan harga 100 pound dan kemudian ia digunakan untuk meletakan televisyen, sebelum kemudiannya ia dijual dengan harga 6.3 juta pound.
Dengan panjang 1.5 meter, ia dibeli pada satu lelongan pada tahun 1970 turut digunakan sebagai kabinet menyimpan minuman.
Pakar-pakar sejarah begitu terkejut kerana menemui salah satu harta karun tulen hanya daripada sebuah rumah yang ingin dikosongkan selepas pemilik rumah itu meninggal dunia.
Peti itu, diperbuat dari kayu cedar dan dihiasi luar dan dalam dengan emas dikenali pasti sebagai sebuah peti dari Jepun bertarikh 1640.
Muzium Victoria and Albert di London sudah lama mencari peti itu sejak tahun 1941 padahal peti itu yang cuma hanya 10 sepertinya di dunia terletak di sebuah rumah di Selatan Kensington satu kilometer dari muzium sehingga 1986.
Pada tahun 1986, pemilik peti itu berpindah ke Perancis.
Peti itu kini sudah dibeli pada satu lelongan oleh Muzium Rijks di Amsterdam dengan harga jutaan pound, menjadikan anak mendiang pemilik peti itu kaya-raya dalam sekelip mata sahaja.
Jumlah yang dibayar untuk membeli peti itu adalah yang kedua tertinggi di dunia untuk sebuah artifak antik Jepun.
Peti itu dibuat di Kyoto pada Abad ke-17 oleh pengukir bernama Kaomi Nagashige untuk Suruhanjaya Hindia Timur Belanda. Pada tahun 1658, ia dimiliki oleh Cardinal Jules Mazarin yang kemudiannya menjadi Ketua Menteri Perancis kemudian diperturunkan kepada ahli keluarganya.
Ia kemudiannya dimiliki oleh seorang novelis British William Beckford sebelumn Duke of Hamilton turut memilikinya sebelum dibeli dengan harga 100 pound.
No comments
Post a Comment