Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Restoran eksotik Tawar Pelbagai Jenis Sajian Zakar Binatang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

zakar
Sekiranya ramai yang berasa jijik dan geli untuk menikmati hidangan zakar dari pelbagai jenis binatang namun di China terdapat sebuah restoran eksotik yang menawarkan hidangan berasaskan menu sebegitu.

Antara zakar binatang yang terdapat dalam menu restoran tersebut ialah zakar lembu, kambing, kuda, monyet dan juga harimau.
Restoran itu mendapat sambutan yang menggalakkan kerana menurut kepercayaan orang Cina di sana, alat kelamin binatang dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin lelaki manakala ianya turut mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kaum wanita yang memakannya.
Malah, pelanggan juga boleh menikmati sajian unik itu dalam keadaan mentah sekiranya mereka mahukan khasiat yang lebih tinggi.
Walaupun restoran ini mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk setempat, namun pihak restoran tetap menapis kemasukan pelanggannya kerana mereka melarang remaja di bawah usia 15 tahun untuk menikmati makanan tersebut kerana hormon yang terkandung di dalam bahan itu dikatakan dapat mempengaruhi pertumbuhan mereka.
Hampir keseluruhan menu di sini dijual dengan harga yang agak mahal, jadi tidak hairanlah pelanggannya cuma terdiri daripada ahli perniagaan dan pegawai kerajaan sahaja.
z1
z2
z3

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments