Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] COMEL: Anak Kucing Diselamatkan Dari Serangan Gagak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KucingCendawan
Anak kucing ini memakai sejenis pakaian yang dijahit tuannya untuk memberinya makan menggunakan tiub selepas diselamatkan dari satu kejadian tragis.

Kucing ini namanya Wasabi-Chan diselamatkan di jalanan oleh seorang blogger di Jepun selepas diserang ganas oleh beberapa ekor gagak sehingga mendapat beberapa kecederaan.
Ketika itu diselamatkan, beberapa bahagian di rahangnya patah, lehernya berlubang dan lidahnya putus manakala sebahagian gusi anak kucing itu dimakan burung gagak.
Ia dijelaskan oleh seorang pengguna Reddit iaitu DopeSk1llz yang dipercayai blogger berkenaan yang menyelamatkan kucing itu.
Blogger berkenaan memberi Wasabi makan dengan menggunakan sejenis tiub yang tidak disukai Wasabi sehingga meronta-ronta. Hasilnya, dia menjahit pakaian berbentuk cendawan ini untuk dipakai Wasabi ketika diberi makan.
“Sehingga kini berat badan Wasabi sudah semakin bertambah dan kelihatan semakin comel,” kata DopeSk1llz. Kesihatannya bertambah baik setiap hari dan perkembangan kucing itu direkodkan di dalam Twitter dan Instagram di mana dia sekarang punyai ribuan followers.
Dengan bantuan, pakaian yang comel seperti itu, pastinya tidak lama sebelum Wasabi kembali sihat seperti sedia kala.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments