Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Guna Anjing Seludup Kokain Dari Mexico!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Anjing
Rome – Kumpulan penyeludup dadah dari Amerika Selatan menggunakan anjing untuk menyeludup kokain dari Mexico ke Itali.

Polis berkata demikian selepas satu operasi yang menemui sekurang-kurangnya 48 anjing dibunuh bagi mendapatkan dadah dalam badan haiwan itu.
Haiwan berkenaan dipaksa menelan bungkusan plastik mengandungi dadah sebelum dihantar ke Itali dengan pesawat yang biasanya mendarat di Lapangan Terbang Linate di Milan.
Dadah itu dibungkus dengan pita vinil hitam bagi mengelak dikesan oleh mesin pengimbasan di lapangan terbang.
Penyeludup kemudian mengerat anjing itu untuk mengeluarkan dadah berkenaan.
Mahkamah kelmarin mengarahkan 49 orang yang ditahan dalam operasi itu dibicarakan serta-merta, kata jurucakap polis Milan. Mereka ialah anggota ‘pandillas’ (rangkaian dadah) Amerika Selatan yang menggunakan anjing untuk dijadikan keldai dadah. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments