Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Avril-Chad Berbulan Madu Di Itali!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Avril-Chad Berbulan Madu Di Itali
SELEPAS mendirikan rumahtangga pada 1 Julai lalu, penyanyi punk rock, Avril Lavigne dan suaminya, vokalis kumpulan Nickelback, Chad Kroeger telah memilih negara romantis Itali sebagai percutian bulan madu mereka.

Gambar pasangan itu sedang menikmati keindahan bandar di Portofino sambil menaiki kapal layar telah berjaya dirakam oleh Daily Mail.
Mengulas mengenai pemilihan sebuah istana di Perancis sebagai lokasi perkahwinannya, Lavigne menjelaskan bahawa perkara itu adalah disebabkan obsesinya terhadap istana dan kegilaannya terhadap rekaan hiasan dalaman berkonsepkan Perancis.
Pada majlis itu, penyanyi kelahiran Kanada itu menggenakan gaun perkahwinan berwarna hitam rekaan Monique Lhuillier sementara Kroeger memakai sut berwarna hitam sepenuhnya.
“Saya berasa gembira berada di sampingnya, kerana perkara itu membuatkan saya berasa lengkap sebagai seorang wanita,” ujarnya.
Pasangan itu bertemu pada 2012 semasa bekerjasama dengan album terbaru Lavigne pada ketika itu dan kemudiannya bertunang pada Ogos 2012 selepas sebulan bercinta.
Lavigne yang terkenal dengan lagu Skater Boy dan Complicated sebelum ini pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley pada 2006 tapi telah disahkan bercerai pada 2010.
AVRIL

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments