Biasanya kita mendengar guru yang terlibat dalam kesalahan disiplin ialah mencuri masa iaitu memonteng atau pun mungkin sedikit sebanyak kesalahan lain.
Lain pula ceritanya di New Zealand, apabila seorang guru di sebuah Pusat Jagaan Kanak-Kanak mencuri makanan dari bekal dibawa kanak-kanak di bawah jagaannya, apa punya kes??
Guru itu seorang wanita dikesan melakukan perbuatan itu oleh rakaman kamera litar tertutup CCTV apabila merakam tindakannya.
Perbuatan itu dikesan selepas ada beberapa orang kanak-kanak mengadu makanan dalam bekal di bawa mereka hilang, dan aduan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Majlis Aduan Guru untuk tindakan selanjutnya.
Dia didakwa atas dakwaan salah laku selepas rakaman CCTV menunjukkan dia terus makan makanan di curinya atau meletakkannya di dalam beg plastik untuk dimakan kemudian.
Wanita itu mengaku bersalah dan telah diletakkan syarat dalam sijil perguruannya selama lima tahun.
Menurut jawatankuasa itu, guru wanita itu berkata beliau tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu dan ingin terus menjadi guru yang baik.
Dalam prosiding yang sama, seorang guru telah dibatalkan pendaftarannya sebagai guru setelah dia didapati mengugut untuk membunuh seorang muridnya yang berumur 11 tahun di satu lorong yang gelap.
No comments
Post a Comment