SEORANG lelaki di Oklahoma ditahan kerana bersembunyi di dalam tandas untuk mengintai wanita yang mahu menggunakan kemudahan itu.
Lelaki itu, Kenneth Webster Enlow, 52 tahun, memberikan mimpi ngeri buat seorang wanita dan anak perempuannya selepas mereka berdua menggunakan tandas di sebuah taman di situ.
Sebaik masuk ke dalam tandas, mereka menyedari seorang lelaki mengintai mereka dari dalam tandas itu dengan wajahnya ditutupi najis.
Wanita itu kemudiannya menelefon polis dan lelaki itu berjaya memanjat masuk ke dalam tangki septik tandas itu meskipun berat badannya mencecah 104 kilogram.
Apabila Sheriff tiba, Enlow memberitahu pagawai polis yang teman wanitanya memukulnya di kepala dengan besi sebelum memasukkan dia yang tidak sedarkan diri ke dalam tangki yang busuk itu.
Lelaki itu kemudiannya dibersihkan oleh ahli bomba, lelaki itu dibawa ke hospital untuk dibuat pemeriksaan jika ada kecederaan atau tidak di badannya, selepas tidak ada kecederaan, dia ditahan.
Enlow juga mempunyai banyak rekod berkelakuan buruk di Oklahoma, penahanan dia sebelum ini menyaksikan dia terlibat kesalahan memandu ketika lesen digantung dan juga mabuk di khalayak ramai.
No comments
Post a Comment