Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] 30% Peratusan Gaji Golongan Muda Untuk Bayar Hutang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


GABUNGAN Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendedahkan kira-kira 47 peratus pekerja muda di negara ini mempunyai hutang yang serius.
Ia apabila kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna (CRRC) pada tahun lalu mendapati lebih 30 peratus daripada gaji bulanan golongan muda terbabit digunakan untuk membayar hutang.
Naib Presiden FOMCA, Siti Rahayu Zakaria berkata, kajian juga mendapati 37 peratus pekerja muda mengaku berbelanja melebihi tahap kemampuan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan.
“Perubahan gaya hidup juga antara faktor penyebab utama golongan muda membuat pinjaman seperti memohon pinjaman peribadi untuk menampung kos perkahwinan yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Siti Rahayu memaklumkan FOMCA menyokong keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan selama 10 tahun manakala pinjaman pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun untuk mengatasi isu golongan muda tersebut.
Siti Rahayu berkata, FOMCA turut mencadangkan Suruhanjaya Pendidikan Kewangan Kebangsaan untuk menyepadukan dan menyelaras pendidikan kewangan di sekolah, golongan pekerja, masyarakat dan keluarga diwujudkan.
Menurut beliau, pendidikan kewangan dapat membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik serta mempunyai pengetahuan tentang sesuatu produk dan perkhidmatan kewangan.
Media pada 5 Julai lalu melaporkan BNM menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan selama 10 tahun manakala pinjaman pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun.
Sebelum ini, had tempoh pinjaman peribadi ialah 25 tahun manakala pinjaman pembelian rumah ialah 45 tahun.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipetik berkata, langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini berada pada paras 83 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments