PENYANYI Mariah Carey telah dikejarkan ke hospital di New York, Amerika Syarikat selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya pada petang Isnin lalu.
New York Post melaporkan, Mariah, 43, mengalami kecederaan pada bahagian bahunya yang terkehel namun keadaannya tidak berbahaya.
“Dia dibawa ke hospital selepas dan doktor telah membetulkan kedudukan bahunya yang terkehel akibat kejadian itu. Dia kini sedang berehat di rumah,” kata jurucakapnya, Cindi Berger.
Mariah menjalani penggambaran muzik video lagu #Beautiful versi remix yang dirakamkan semula bersama penyanyi Miguel dan Young Jezzy. Ia diarahkan oleh suaminya, Nick Cannon.
Dalam pada itu, Cindy berkata, Mariah akan tetap membuat persembahan pada konsert di Central Park pada 13 Julai ini walaupun terpaksa memakai kain pembalut pada tangannya. – mStar
No comments
Post a Comment