Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Siti Nordiana Nafi Bercinta Dengan Nubhan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Siti Nordiana Nafi Bercinta Dengan Nubhan
PENYANYI Siti Nordiana menafikan dirinya kini sedang bercinta dengan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan.

Khabar angin mengatakan mereka bercinta gara-gara perkongsian gambar mereka bersama rakan-rakan yang lain ketika bercuti di Pulau Perhentian, baru-baru ini.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Siti Nordiana atau lebih mesra digelar Nana berkata, “ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.
“Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya.
Gosip tu tak munasabah,” katanya memetik laporan portal Malaysian Digest.
Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Faizal Yusof dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurnikan seorang anak lelaki,  Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia lima tahun.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments