SEORANG lelaki meninggal dunia selepas terkena kejutan elektrik ketika membuang air kecil di landasan keretapi, Isnin lalu.
Matthew Zeno, 30, sebelum itu keluar minum dengan beberapa rakannya di sebuah bar sebelum insiden pada pukul 3 pagi itu berlaku.
Salah seorang rakannya dilaporkan turut terkena kejutan elektrik ketika cuba menyelamatkanya dan kini berada dalam keadaan stabil di hospital.
Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca Zeno berjalan di laluan keretapi bawah tanah di Union Avenue dan Broadway.
Walaupun terkejut dengan kejadian tersebut, namun rakannya itu sempat menjerit meminta pertolongan sebelum diberikan bantuan oleh kakitangan di situ.
No comments
Post a Comment