Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] William & Kate Terima Ucapan Pemimpin Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Britain
Pasangan Diraja Putera William dan Kate kini dihujani ucapan tahniah dari ketua-ketua kerajaan seluruh dunia sempena kelahiran bayi sulung mereka yang juga pewaris ketiga takhta kerajaan Britain.

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan isteri Michelle mendahului semua ucapan dengan harapan agar pasangan itu gembira menikmati kehidupan baru sebagai ibu dan bapa.
Kate pada Isnin lepas selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat seberat 3.8 kilogram di Hospital St Mary, London.
“Dengan hubungan istimewa di antara kita, warga Amerika Syarikat dengan rasa gembira merasai bersama kegembiraan menyambut kelahiran putera Britain,” kata Obama dalam satu kenyataan White House.
Selain itu Presiden Russia Vladimir Putin turut memberikan ucapan tahniah dan berharap keluarga monarki British itu terus berbahagia dengan kelahiran bayi William dan Kate itu.
Menurut kenyataan dari Kremlin, Putin mengucapkan tahniah kepada Queen Elizabeth II atas kelahiran cicitnya itu dan mendoakan kesihatan bayi serta semua keluarga Diraja.
Perdana Menteri Australia Kevin Rudd pula menggelarkan kelahiran bayi comel itu sebagai hari gembira untuk semua sahabat di negara Britain dan negara-negara Komanwel sementara Perdana Menteri New Zealand John Key menganggapnya satu berita gembira.
Perdana Menteri Kanada Stephen Harper dalam Twitternya berkata “Bagi pihak semua rakyat Kanada, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah untuk pasangan Diraja dan juga seluruh keluarga Diraja Britain,” dalam tweet beliau.
Kanada merupakan negara pertama yang dilawati oleh pasangan Putera William dan Kate selepas baru berkahwin tidak lama dahulu.
Presiden Perancis Francois Hollande pula memberikan ucapan selamat menyambut kelahiran bayi pertama mereka kepada pasangan Diraja itu.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge itu yang bakal memulakan alam kekeluargaan baru mereka. – metro.co.uk

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments