Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Dua Peserta Ratu Cantik Hadapi Risiko Penjara!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ratu Cantik
KUALA LUMPUR – Dua bekas peserta Miss Malaysia World 2013 beragama Islam iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard dan Wafa Johanne De Korte berhadapan risiko dihukum penjara sekiranya mereka didapati salah kerana menghina sendiri baru-baru ini.
Ia kerana kedua-dua mereka kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya kepada mana-mana pihak yang menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Kedua-dua peserta pertandingan ratu cantik itu di siasat kerana mengeluarkan kenyataan kepada umum akan terus menyertai pertandingan tersebut pada 2 Ogos ini serta mendakwa berasa kecewa dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
JAWI dalam satu kenyataan media menjelaskan fatwa itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505) yang memutuskan haram untuk orang Islam menyertai, menganjurkan atau menyumbang kepada pertandingan ratu cantik.
“Oleh itu, kenyataan (dua peserta Miss Malaysia World 2013) tersebut dianggap telah menghina agama Islam. Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah membuka kertas siasatan ke atas mereka.
“Sekiranya terdapat bukti serta keterangan yang mencukupi maka pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, sebuah portal berita hari ini melaporkan penganjur Miss Malaysia World 2013 mendakwa berasa kesal kerana orang Islam tidak dapat menyertai pertandingan itu,
Pengurus Besar Meridian Surf Sdn Bhd Eddie Kong dipetik sebagai berkata, pihaknya percaya orang Islam perlu diberi peluang untuk menjadi pemenang pertandingan ratu cantik tersebut. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments