Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Filem KL Gangster 2 Oktober ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KL Gangster 2
Filem sekuel KL Gangster 2 yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat dijangka akan ditayangkan pada Oktober ini.

Memetik laporan Berita Harian, Syamsul Yusof yang merupakan pengarah dan pelakon dalam filem bergenre aksi ini, ada alasan tersendiri kenapa filemnya itu diperap terlalu lama selepas kejayaan yang diraih menerusi KL Gangster.
“Bukan tidak boleh menyelesaikan filem ini cepat, tetapi saya tidak mahu dikenali sebagai pengarah yang mahu mengejar keuntungan.
“Saya mahu filem yang dihasilkan akan terus diingati penonton dan itu yang membuatkan saya teliti kerana sebagai pengarah, saya mencari kepuasan dalam berkarya,” katanya.
Filem terbaru terbitan Skop Productions itu menelan belanja sebagak RM4 juta dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Rosyam Noor, Aaron Aziz dan Adi Putra.
Untuk makluman, KL Gangster yang ditayangkan pada 2011 telah mencatat sejarah dalam kutipan jualan tiket filem tempatan apabila berjaya memperolehi sebanyak RM12 juta dan menjadi filem tempatan paling laris di pawagam setakat ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments