Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kecil-Kecil Dah Gelumang Dadah! Macam-macam hal laa....
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Dah Gelumang Dadah
Kuala Lumpur – Seramai 442 remaja berusia 19 tahun dan ke bawah kini ibarat menunggu ajal selepas terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.

Jumlah remaja terbabit adalah berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam tempoh tiga tahun setengah, bermula dari 2010 hingga Jun tahun ini.
Lebih mengejutkan, Pengarah JSJN Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, keseluruhan remaja berusia 19 tahun ke bawah termasuk kanak-kanak berusia seawal 12 tahun yang ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kes dadah untuk tempoh yang sama kini mencecah 26,793 orang.
Menurutnya, semua remaja terbabit disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah ADB 1952 serta dua lagi akta iaitu Akta Penagih Dadah (APD) 1952 dan Akta Racun 1952.
“Jumlah kanak-kanak berusia 12 tahun hingga remaja berusia 19 tahun yang terbabit dalam gejala penagihan serta pengedaran dadah amat membimbangkan kerana jumlah untuk tempoh lebih tiga tahun lalu tidak menunjukkan banyak perbezaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro. - myMetro Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments