Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] FAKTA PENTING: Isu Makan Dalam ‘Tandas’!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kantin
Semalam kecoh di laman-laman sosial apabila sekeping gambar yang menunjukkan pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buloh yang dikatakan terpaksa makan di dalam ‘tandas’ akibat kantin ditutup.

Terlalu banyak mulut yang bukan sahaja mempersoalkan isu tersebut tetapi juga menghentam tindakan pihak pengurusan sekolah tanpa mengetahui fakta yang sebenar.
Memetik daripada sebuah blog yang ditulis oleh seorang lelaki berbangsa India, dia sendiri telah melawat sekolah tersebut berhubung isu yang dibangkitkan dan seolah kecewa dengan khabar angin yang dibawa.
Berikut merupakan beberapa fakta yang anda perlu tahu berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh lekai tersebut.
1. Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
3. Guru Besar yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
4. Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013 dan bukan baru seperti yang dinyatakan dalam beberapa blog. Ini adalah salah satu inisiatif Guru Besar untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai “kantin”. Maka, hentikan sentimen perkauman di sini.
6. Sebenarnya TIADA, saya ulang TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda “tandas” (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda “tandas” tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
9. Kenapa tak guna perpustakaan atau kelas? Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di Facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup “kantin sementara” dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.
Justeru, dalam isu sebegini kita seharusnya fikir secara waras.
Takkan Guru Besar sesebuah sekolah itu berada di tahap yang terlalu ‘bodoh’ hingga membiarkan anak muridnya makan di dalam tandas yang berbau busuk.
Secara rasional, Guru Besar sekolah tersebut telah bertindak secara bijak dengan menyediakan ‘kantin’ sementara yang mempunyai fasiliti seperti sinki.
Guru-guru masih lagi mempunyai sifat kemanusiaan serta prihatin terhadap perubahan semasa.
Pada masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlulah menangani isu tersebut secara segera supaya isu tersebut tidak lagi berlanjutan.
Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri harus segera menambah baik keadaan kantin di sekolah tersebut supaya para pelajar dapat menikmati keselesaan seperti pelajar-pelajar di sekolah lain.
Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut yang terlewat pulang semasa membuat tinjauan terpaksa berbuka di dalam ‘kantin’ sementara itu.
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang dihantar oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristana, Hussein Mohd Ariff.
1
2
3
4
Sumber: http://dhanyaraam.blogspot.com
Foto: http://www.mazidulakmal.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments