MICROSOFT menghasilkan video ‘mengejek’ pesaing terdekat komputer tablet keluarannya, Surface RT iaitu iPad keluaran Apple.
Antara kritikan yang dilemparkan terhadap dalam video tersebut adalah iPad tidak mempunyai kickstand, keyboard cover dan port USB.
Di akhir video, Microsoft turut membuat perbandingan harga di mana Surface RT jauh lebih murah berbanding iPad.
Namun meskipun mempunyai beberapa kelebihan berbanding iPad, jualan Surface RT agak kurang memberangsangkan.
Malah minggu lalu, komputer tablet ini dilaporkan semakin suam di pasaran hingga mengakibatkan Microsoft terpaksa menurunkan harganya sebanyak USD150 bagi mengelak timbunan stok di gudang.
Sejak diperkenalkan di pasaran pada November 2012, Surface RT hanya terjual kira-kira 260,000 unit, angka yang terlalu kecil sekali pun jika dibandingkan dengan Surface Pro yang terjual 750,000; juga tablet keluaran Microsoft.
Ternyata, jurang pasaran terlalu besar jika hendak dibandingkan pula dengan iPad yang telah laris lebih 100 juta unit seluruh dunia sekaligus menguasai pasaran tablet pada hari ini.
Pun demikian, Microsoft sentiasa positif terhadap Surface RT dan tidak pernah merancang untuk menghentikan pengeluarannya di pasaran.
Sumber: Cnet.com
No comments
Post a Comment