Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kanak-Kanak Ini Hidup 6 Tahun Tanpa Otak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sebuah keadaan yang jarang berlaku pada kandungan April Barrett. Janin dalam kandungannya didiagnosis mengalami hydranencephaly, keadaan luar biasa yang membuatnya anaknya lahir tanpa otak.
Hydranencephaly adalah keadaan di mana belahan otak diganti dengan kantung berisi cecair cerebrospinal.

Doktor menganggarkan bayi yang di kandungan Barrett akan meninggal setelah dilahirkan. Namun, bayi perempuan yang dinamakan Kaliysha dapat hidup hingga kini berusia enam tahun. Dia berjaya bertahan hidup hanya dengan menggunakan sebahagian batang otak yang berfungsi.

Menurut Dr Nicholas Bambakidis, pengarah serebrovaskular dan operasi dasar tengkorak di Universiti Hospitals Case Medical Center di Cleveland, batang otak mengawal fungsi kunci tertentu yang diperlukan untuk mempertahankan hidup.

"Batang otak adalah sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal fungsi autonomi seperti pencetus untuk bernafas dan menjaga tekanan darah dan hal-hal seperti itu," kata Bambakidis seperti diberitakan FoxNews.

"Batang otak mempunyai fungsi-fungsi autonomi, masih aktif tanpa korteks serebral, bahagian yang hilang (dari Kaliysha), yang mengawal hal-hal yang berfungsi lebih dalam seperti keperibadian, memori, dan kemampuan berbicara," ujarnya.

Barrett menganggap putrinya yang mampu hidup begitu lama merupakan keajaiban. "Seminggu sebelum bersalin, doktor berkata dia akan lahir tanpa otak, dan saya diminta mengambil gambar foto perut saya, kerana itu lah saat terakhir ia akan hidup," ungkap Barrett.

"Saya sangat sedih setiap kali dia menendang dari dalam perut. Saya menangis, kerana bertanya-tanya apakah itu saat terakhir dia akan hidup," katanya.

Namun, kerana penyakit baru yang merosakkan sistem batang otaknya, Kaliysha kini dirawat di rumah sakit. "Bagi saya, dia seorang survivor nyata dalam waktu yang sangat lama," tambah Barrett.

Barrett telah menyiapkan dana yang dipanggil "Pace of Miracles" untuk mengumpul wang pengebumian dan pengebumian Kaliysha.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments