Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 'First' Sebenarnya Bukan Yang Pertama! Korang perlu tahu...
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


1. Penerbangan Merentasi Atlantic.



Jika ditanya siapa yang pertama menyeberangi Atlantic, kebanyanyakannya akan menjawab Charles Lindbergh. Jawapan mereka betul tapi bagi mereka yang tidak tahu tentang kebenaran. Ketika beliau menyeberangi Atlantic, orang kerap mengatakan bahawa beliau adalah orang pertama yang melakukan perkara tersebut. Tapi sebenarnya, John Alcock dan Arthur Whitten Brown yang pertama melakukannya 8 tahun awal daripada Lindbergh. Memulakan perjalanan dari Newfoundland pada 14 July 1919, mereka menggunakan pesawat yang boleh dianggap 'cincai'. Pesawat yang mereka naiki terhempas di Ireland ketika hendak mendarat kerana roda hadapan dibuka oleh Brown untuk tujuan mengurangkan berat pesawat.


2. Pencipta Telefon



Hampir semua orang percaya bahawa  Alexander Graham Bell yang mencipta telefon. Ketika Bell mencipta pada 1876, dan memulakan perniagaan telekomunikasi, beliau tidak lebih daripada 'peniru'. Ciptaan yang Bell lakukan sebenarnya milik Antonio Meucci, manusia yang mendemonstrasikan telefon 16 tahun sebelum Bell.


3. Columbus Yang Menemui Amerika




Sejarah menceritakan bahawa Columbus menemui Amerika pada 1492, Columbus berlayar dengan 3 kapalnya iaitu 'the Nina', 'the Pinta' and 'the Santa Maria'.  Walaupun Columbus terkenal kerana menemui Amerika, namun, fakta sebenar ialah Leif Ericson manusia yang menemui America sekitar 500 tahun sebelum Columbus.



4. Teori Evolusi




Ramai yang mengetahui bahawa Darwin yang membangunkan teori evolusi. Oleh sebab itu ia dinamakan “Darwinian Evolution”. Sebenarnya Charles Darwin teori tersebut berasal daripada datuknya sendiri, Erasmus Darwin. 



5. Pencipta Mentol Pertama




Antara lain berkenaan 'First' Sebenarnya Bukan Yang Pertama ialah mengenai Thomas Edison yang terkenal kerana mencipta mentol. Sebelum beliau berjaya menciptanya, terdapat banyak lagi versi terawal yang menggunakan platinum tapi kosnya sangat mahal. Sir Humphry Davy (gambar) menggunakan platinum dan mengalirkan tenaga elektrik kepadanya untuk menghasilkan lampu pada tahun 1801, 78 tahun sebelum terciptanya lampu oleh Thomas Edison.  Warren de la Rue juga menggunakan platinum tetapi dalam vakum pada 1840. Mentol moden dicipta oleh Heinrich Göbel pada 1854, 10 bulan sebelum Thomas Edison.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments