ADA tak pancaragam atau kumpulan kugiran di mana-mana hendak mencari pemain drum yang baru? Kita pernah melihat kanak-kanak bermain drum. Adakah anda pernah melihat seorang nenek bermain drum?
Itulah Mary Hvidza seorang bekas anggota kumpulan muzik pada satu masa dulu dengan bermain drum. Kini berusia 53 tahun dan mula menjadi ikon video YouTube selepas bermain satu set drum di sebuah Kedai Drum Coalition di Wisconsin, Amerika Syarikat.
Selepas itu video berkenaan dimuatnaik ke YouTube empat hari lepas dan kini kehebatan si nenek bermain drum sudah pun ditonton 2,871,010 tontonan sehingga pukul 3 petang ini.
Mary sebelum itu bermain dengan Kumpulan The Chantel dan mengakui sudah lebih sedekad tidak memegang pemukul drum ragu-ragu sama ada masih tahu menggunakannya atau tidak.
Anggota Chantel pada ketika dulu ialah Kathleen Welch, Sue Thurston, Julie Justinger dan Mary. Mereka pernah membuat persembahan di Auditorium E Sawyer satu ketika dulu di Wisconsin.
Kini Mary kembali terkenal di Wisconsin dan dikenali sebagai “Nenek Yang Bermain Drum” dan kedai drum berkenaan turut sudi menghantar satu set drum ke apartmentnya. – Mynewshub
No comments
Post a Comment