Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Peninju Gay Kontroversi Meninggal Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Emile Griffith
New York – Bekas juara tinju welterweight, Emile Griffith, yang melalui kehidupannya dengan dihantui kematian pesaingnya, Benny Paret di gelanggang dalam perlawanan kontroversi merebut gelaran welterweigh, serta pengakuannya sebagai seorang gay, telah meninggal dunia pada Selasa.

Griffith, yang menderita penyakit nyanyuk, meninggal dunia di pusat penjagaan di sini, pada usia 75 tahun.
Sejak dua tahun lalu, kesihatannya semakin uzur dan dia tidak boleh bergerak dan terpaksa menggunakan tiub untuk makan.
Ketika hayatnya, dia dianggap sebagai kejam kerana membelasah Paret dalam gelanggang pada 1962, hingga menyebabkan kematian lelaki berkenaan.
Ia disebabkan Paret mengejeknya sebagai gay.
“Apabila saya melihat Paret cedera, saya mahu dia tumbang dan mahu terus menumbuknya,’’ katanya.
Paret meninggal dunia 10 hari kemudian.
Griffith bersara daripada sukan tinju pada 1977 selepas memenangi beberapa gelaran.
Pada 1992, dia dimasukkan ke hospital selama empat bulan selepas diserang, ketika keluar dari kelab gay namun punca serangan tidak pernah didedahkan.
Pada 2005, dalam satu temu bual dengan Sports Illustrated, Griffith mengaku dia seorang biseksual.
“Saya suka lelaki dan wanita, kedua-duanya….saya tak tahu siapa saya. Saya sukakan lelaki dan wanita , namun jika ditanya mana lebih baik….saya suka wanita,’’ demikian pengakuannya itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments