Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kad Kelahiran Bayi Diraja Oleh Google!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kate
Laman web carian online terbesar dunia Google telah melancarkan kad ucapan terbesar sempena kelahiran bayi lelaki pasangan Diraja Putera William dan Kate Middleton Isnin lalu di London.

Kate melahirkan bayi lelaki yang sihat seberat 3.8 kilogram di Lindo Wing, Hospital St Mary pada pukul 4.24 petang waktu tempatan.
Kad ucapan berkenaan yang boleh dilayari di SINI memberi peluang kepada pemegang akaun Google+ menghantar ucapan kepada pasangan Diraja itu sempena kelahiran bayi sulung mereka itu.
Pelayar internet boleh menulis ucapan dengan klik butang Share pada ruangan kad ucapan berkenaan dan gambar pelayar internet akan dipilih secara rawak untuk muncul di laman kad ucapan sebagai ucapan terbaru yang diterima.
Menurut Google, tempoh masa untuk menghantar ucapan akan ditutup pada 6 Ogos depan dan kad ini akan dicetak untuk dihantar ke pihak Istana Kensington kepada pasangan Diraja itu.
Ketika ini seluruh rakyat Britain sedang bergembira menyambut kelahiran Putera Sulung William dan Kate itu dan juga cicit kepada Ratu Britain Queen Elizabeth II.
Anda juga boleh menyertai pelayar internet dari seluruh dunia memberikan ucapan kepada pasangan Diraja ini. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments