Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bunga Kelawar Kelihatan sangat Menyeramkan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Bunga biasanya mempunyai warna indah dan wajah yang memikat. Tapi, berbeza dengan bunga spesies Tacca chantrieri. Spesies itu boleh di ketogeri menyeramkan. Bagaimana tidak, bentuk bunga itu mirip kelawar dan warnanya pun hitam.
Pelbagai nama di berikan pada spesies tersebut. Ada yang menyebutnya bunga kelawar hitam sesuai rupanya, ada pula yang menyebutnya bunga setan.

Spesis tumbuhan bunga ini termasuk ketogeri pelik. Habitat asal ada di wilayah tropika Afrika Barat dan Asia Tenggara. Suhu minimum untuk  spesies ini tumbuh ialah 18 darjah. Tanaman ini perlu tanah yang lembab untuk bertahan hidup.

Tinggi tanaman bunga ini sekitar 80-110 cm. Batangnya panjang dengan warna merah kecoklatan. Semakin ke puncuk tanaman, warna batang makin meghijau. Daun yang agak bulat dan mempunyai lipatan khas berwarna hijau tua. Bentuk bunganya benar-benar mirip kelawar.


Tacca chantrieri juga mempunyai bahagian yang berjuntai (seperti janggut), menambah kesan seram. Bahagian itu boleh mencapai panjang 25 cm. Biasanya, mahkota bunga yang masuk dalam keluarga Taccaceae ini mempunyai 5 helai daun mahkota.

Meski memiliki bentuk yang seram, bunga ini ternyata menarik minat ramai orang untuk menanamnya. Pelbagai tip cara menanamnya beredar di internet. Salah satu perkara yang paling penting untuk menjaga spesies ini tumbuh adalah kelembapan tanahnya.

Bunga ini juga menghasilkan sebatian yang melawan kanser. Hasil kajian yang diterbitkan di Journal of the American Chemical Society tahun 2011 lalu menyatakan, bunga ini mempunyai kompaun yang boleh menstabilkan komponen sel yang disebut mikrotubulus, membantu melawan kanser.





About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments