Memetik laporan Sinar Harian, Hanis atau nama sebenarnya, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, berkata, isu yang mengatakan dia ‘demand’ pernah timbul sebelum ini dan dia lebih gemar mengambil sikap berdiam diri, kerana menganggap perkara itu akan berlalu begitu sahaja.
“Saya akui agak terkejut dan malu apabila ada pihak mengatakan saya mula ‘demand’ kerana meminta bayaran untuk sesi fotografi.
“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah berbuat demikian dan saya juga faham artis dan wartawan saling memerlukan,” katanya.
Menerusi sebuah akhbar minggu lalu, heroin filem Gangster Celop ini dikatakan meminta bayaran kepada salah sebuah organisasi media untuk mengambil gambarnya.
Ditanya adakah ini antara agenda sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan kariernya, Hanis berkata: “Saya tidak tahu ia sabotaj atau agenda menjatuhkan nama saya.
“Bagaimanapun, saya bersikap positif dan tidak mahu terlalu melayan cerita-cerita negatif seperti ini,” jelasnya.
No comments
Post a Comment