Caprice turut menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Whats Up Entertainment Records dan aktif berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan membuka syarikat berasaskan teknologi maklumat (IT) di Putrajaya.
Sangat mementingkan jaminan hidup pada masa depan, dia rela mengabdikan dirinya dengan kesibukan itu sebagai persediaan menghadapi segala kemungkinan nanti.
Dalam pada itu, Caprice yang popular dengan lagu Chikaro menafikan dia hanya membuat muzik untuk golongan urban saja.
“Tidak dinafikan, peminat saya ramai daripada kalangan ‘urban’ dan gadis remaja tapi bersyukur kerana sokongan itu sudah cukup untuk saya mengurut dada. Apapun, semestinya saya tidak mahu terlalu selesa kerana masih ramai belum sedar akan siapa Caprice.
“Untuk itu, lagu terbaru Watlek Watpeace saya hasilkan 50 peratus bahasa Melayu dan 50 peratus bahasa Inggeris sebagai strategi memancing lebih peminat,” jelasnya kepada Harian Metro.
No comments
Post a Comment