Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Carol Brothers – Wanita hidup semula setelah mati selama 3 hari!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Carol Brothers - Wanita Yang Bangkit Dari Mati
London – Seorang wanita yang hampir maut selepas jantungnya berhenti berdenyut selama 45 minit, telah mengejutkan doktor apabila dia bangun tiga hari kemudian meskipun mesin sokongan hayat sudah dipadam.
Carol Brothers, 63, membuka mata ketika jururawat membasuh mukanya.
Dia mengalami serangan jantung ketika sedang membeli-belah dan telah diberikan rawatan CPR oleh anak perempuannya, Maxine Dickinson, 43, sebelum dikejarkan ke hospital.
Namun setibanya di hospital, dia berada dalam keadaan tenat dan doktor memaklumkan wanita itu mempunyai masa selama 24 jam untuk hidup, selain meminta anggota keluarganya menatap wajah Carol untuk kali terakhir.
Doktor kemudian menghentikan ubat bagi membolehkan Carol menghembuskan nafas dengan aman, namun tanpa disangka, dia bangun selepas tiga hari kemudian.
Keadaan ini mengejutkan doktor yang kemudiannya terpaksa menghubungi keluarga Carol dan memaklumkan wanita kini sudah sedar dan pulih sepenuhnya.
Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital, tiga minggu selepas dirawat.
Dalam pada itu, anaknya, Dickinson,  memberitahu, mereka sekeluarga sangat sedih selepas dimaklumkan bahawa ibunya dalam keadaan tenat, dan doktor tidak mampu merawatnya lagi.
“Kami diberitahu bahawa aktiviti di bahagian otaknya sangat minimum dan apa yang boleh dilakukan ialah menghentikan rawatan agar dia boleh meninggal dunia dengan aman.
“Kami kemudian kembali ke rumah dan menunggu panggilan daripada doktor, namun selepas tiga hari doktor memberitahu bahawa dia  menarik semula kata-katanya sebelum ini bahawa ibu saya tidak mempunyai harapan untuk hidup,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments