Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bangunan seberat 6200 tan dipindah 60meter dari tempat asal!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Sebuah bangunan berusia 123 tahun dengan berat 6200 tan yang terletak berdekatan stesen kereta api di Zurich Oelikon, Switzerland berjaya dipindahkan sejauh 60 meter ke bahagian barat daripada kedudukan asalnya.
Usaha tersebut dilakukan bagi mengelakkan bangunan The Machine Factory Oerlikon itu diruntuhkan, untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pelebaran antara landasan kereta api paling sibuk di negara tersebut. 

Kerja-kerja pemindahan itu dimulakan Selasa lalu, mengambil masa kira-kira 19 jam dengan menggunakan dua alat penekan hidraulik, 500 roda dan enam bahagian landasan kereta api bagi menolak bangunan tersebut ke kedudukan baru pada kelajuan sekitar tiga hingga lima meter setiap jam.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments